ARTIKEL

Pelajar IPT buat laporan polis palsu dakwa dirompak, semata-mata uji kasih sayang bapa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang anak lelaki sanggup membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya dirompak, semata-mata mahu mendapatkan perhatian dan kasih sayang daripada bapa kandungnya.

Namun demikian, niat pelajar sebuah institusi pengajian tinggi itu membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman denda RM800 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh berusia 20 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia secara lisan memberitahu pihak polis dia dirompak semasa dalam perjalanan pulang dari tempat belajarnya.

Tertuduh didakwa membuat laporan polis palsu itu di Balai Polis Kota Sentosa, sekitar 9 malam, 28 Mac 2023.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh melaporkan dia ditendang dari arah belakang oleh salah seorang daripada tiga individu tidak dikenali hingga menyebabkan dia terjatuh di tepi jalan.

Ketiga-tiga lelaki tersebut dikatakan menaiki dua motosikal dan salah seorang mereka mengacu sebilah pisau lalu merampas beg sandang berisi wang RM200 dan beberapa keping gambar pasport miliknya.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendedahkan, tertuduh membuat laporan palsu kerana tiada kejadian berlaku seperti didakwa.

Tertuduh juga mengaku dia membuat laporan palsu, semata-mata ingin menarik perhatian ayahnya sama ada masih sayang atau tidak dengannya.

Tambahan pula, tertuduh merasakan dirinya kurang diberi perhatian sejak bapanya berkahwin dengan ibu tirinya, tujuh tahun lalu.

Sejak ibu bapanya bercerai, ibunya berpindah ke Kuala Lumpur dan dia tinggal sendirian di sebuah kampung di Bau setelah mendiang datuknya meninggal dunia.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU