ARTIKEL

Pelajar IPT Sarawak boleh mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) dari Sarawak yang melanjutkan pelajaran ke daerah lain di negeri ini boleh memohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) bermula Januari tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, skim tersebut menyediakan jumlah bantuan sewa RM200 sebulan dengan tempoh 36 bulan maksimum.

Katanya, ia hanya terpakai kepada pelajar yang terpaksa menyewa bilik atau rumah di mana-mana daerah yang mempunyai universiti di dalam negeri ini.

“Justeru, mereka boleh membuat permohonan melalui penjaga atau ibu bapa kerana perlu mengemukakan bukti pendapatan. 

“Kelayakan untuk menerima bantuan bulanan ini adalah pendapatan isi rumah bulanan penjaga atau ibu bapa tidak melebihi RM4,556,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata demikian pada sidang media sempena mesyuarat kedua bagi penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 di sini, hari ini.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta