SIBU: Seorang pelajar lelaki dari Malaysia di sebuah universiti di negara Taiwan dilaporkan maut pada Sabtu.
Menurut laporan sebuah portal akhbar bahasa Cina tempatan di sini semalam, mangsa berusia 20 tahun berasal dari Sibu dikatakan menamatkan riwayatnya dengan terjun dari tingkat lapan bangunan universitinya sekitar jam 3.30 petang.
Portal itu mendedahkan mangsa merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Teknologi Nasional Taiwan.
“Mangsa naik ke tingkat lapan bangunan universiti tersebut dan jatuh secara tidak sengaja.
“Polis di Taiwan telah menolak faktor luaran dalam menyebabkan kematian mangsa,” kata portal itu dipetik menerusi laman sosialnya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Siswazah Taiwan Sarawak Cabang Sibu Lawrence Tiong ketika dihubungi semalam memberitahu, mangsa dipercayai berada di bawah tekanan luar biasa yang mendorongnya untuk menamatkan riwayat hidupnya.
…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Mei 2021