ARTIKEL

Seorang pelajar maut akibat kecederaan di kepala selepas dilanggar sebuah lori dari arah belakang akibat terjatuh dari motosikal gara-gara mengelak anjing melintas.

Pelajar maut, dilanggar lori ketika elak anjing melintas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Seorang pelajar lelaki maut akibat dilanggar lori selepas motosikal diboncengnya terbabas melanggar anjing di KM 29, San Tabut Jalan Sri Aman-Sarikei, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superitendan Mathew Manggie, kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 4.20 petang.

Katanya, kejadian berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 yang dibonceng mangsa bersama-sama seorang penunggang yang tidak diketahui identiti sedang bergerak dari arah Engkelili menuju ke Sri Aman.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang dibonceng mangsa terbabas ke tengah jalan akibat melanggar seekor anjing yang melintas jalan.

“Ini menyebabkan penunggang dan pembonceng jatuh ke tengah jalan lalu dilanggar sebuah lori yang datang dari arah belakang mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan Klinik Kesihatan Engkelili.

Katanya, penunggang motosikal masih menerima rawatan di Hospital Sri Aman manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU