ARTIKEL

Pelajar MRSM Betong wakili Malaysia dalam Pertandingan Robotik di Greece

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BETONG: Chrisezra Ason Bert Willingthon dan Catriona Siaw Cun Yun akan mewakili Malaysia dalam Pertandingan Robotik di Greece pada bulan ini.

Kejayaan pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong itu merupakan satu perkhabaran yang sangat baik pada permulaan tahun baharu.

YDP MUAFAKAT maktab berkenaan, Henry Jugah berkata, besar harapan diletakkan pada mereka berdua agar dapat memperoleh kejayaan di pertandingan itu nanti.

“Saya bersama barisan Exco MUAFAKAT MRSM Betong sentiasa berdoa, agar mereka berdua memperolehi kejayaan di sana nanti.

“Mereka akan berangkat ke Semenanjung Malaysia pada hari Isnin ini yang diiringi Amran Tura iaitu sebagai guru pengiring.

“MUAFAKAT juga turut memberikan sumbangan kepada dua orang pelajar tersebut sebanyak RM5000 setiap orang untuk membeli peralatan bagi persediaan mereka nanti,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

Premis makanan dipantau supaya sentiasa bersih, selamat

SIMANGGANG: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mempergiatkan pemantauan terhadap premis makanan sekitar Simanggang bagi memastikan pengusaha mengutamakan aspek kebersihan terbaik.

128 rumah di Tasik Biru dapat bekalan air bersih

BAU: Sebanyak empat kampung melibatkan 128 buah rumah di konstituensi Tasik Biru bakal menikmati bekalan air bersih pada pertengahan tahun ini. Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai

BERITA TERBARU

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan