ARTIKEL

Pelajar OKU maut motosikal ditunggang bertembung kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MELAKA: Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Klebang Besar di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian pada 2.30 pagi itu, remaja OKU masalah pembelajaran berusia 17 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan dalaman. 

Beliau berkata pemandu kereta jenis Toyota Vios berusia 35 tahun yang merupakan penjawat awam di Selangor, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila motosikal Yamaha 135 LC yang ditunggang mangsa dari Klebang menghala ke Batang Tiga memasuki laluan kereta Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan, lalu bertembung selepas kereta tersebut gagal mengelak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati lesen pemandu kereta Toyota Vios itu telah tamat tempoh pada 17 Jan lepas, manakala remaja OKU tersebut tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal yang ditunggang juga tamat tempoh pada 8 Nov 2022.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kenderaan terbabit dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan lanjut. 

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU