ARTIKEL

Fazzrudin menyampaikan sijil kecemerlangan dan insentif kewangan kepada seorang pelajar pada majlis meraikan pelajar cemerlang SPM di Dewan Persatuan India Kuching.

Pelajar perlu mempunyai definisi kejayaan tersendiri dan cekal berdepan cabaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Para pelajar harus mempunyai definisi kejayaan tersendiri dan cekal berdepan cabaran yang bakal dihadapi mereka.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman, berkata ini kerana pelajar lepasan sekolah bakal menempuh kehidupan yang berbeza apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi mahupun dalam dunia pekerjaan.

“Sebagai ibu bapa, sudah tentu saya menjangkakan dan mendoakan anak saya membesar sebagai individu yang berjaya.

“Tidak kira dalam bidang pelajaran, dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

“Jika anda berdepan dengan cabaran atau sebarang masalah, berbincanglah dengan sesiapa, baik pensyarah, majikan anda di tempat kerja, ibu bapa mahupun rakan sekerja yang dapat memahami isu tersebut,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Persatuan India Kuching di sini, hari ini.

Seramai lapan pelajar cemerlang berbangsa India diraikan pada majlis ringkas tersebut.

Sehubungan itu, Fazzrudin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, mahu mentaliti itu ditanam pada diri pelajar dalam cara mereka menangani masalah.

Jelasnya, apa sahaja tugasan yang diberikan, pelajar harus melakukan yang terbaik dalam apa sahaja tugasan yang diberikan kepada mereka tanpa mempunyai pandangan yang negatif.

“Kalau kita bandingkan dengan generasi senior dan veteran, saya pasti mereka mempunyai 1,001 kisah untuk diceritakan mereka mengenai cabaran yang dihadapi mereka semasa muda.

“Saya rasa masalah itu tidak terdaya bagi kita untuk dihadapi namun mereka berjaya mengharunginya.

“Sebab itu, apa yang mereka lakukan pada hari ini adalah untuk memastikan anak-anak berjaya, dan menjadi individu yang membawa kejayaan kepada ibu bapa, keluarga, negeri dan negara,” ujarnya.

BERITA LAIN

SK Pulo dijangka siap 2025

KUCHING: Projek bina baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo dijangka siap sepenuhnya Februari tahun depan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi

Meriahkan Kembara RIUH yang pertama di Sarawak

KUCHING: Ayuh beramai-ramai memeriahkan Kembara RIUH pertama di Sarawak, program  kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi RIUH OOHA! bertempat di Tempat Letak Kereta

J.K Rowling penulis bertaraf jutawan

MENGELUH itu perkara biasa. Tetapi jika asyik mengeluh, ia menunjukkan ada perkara yang tidak kena terhadap diri kita. Begitu juga apabila sering mengalami kegagalan dalam

Pengulas e-sukan wanita, Reezpiupiu mahir tiga bahasa

KUALA LUMPUR: Kerjaya pengulas e-sukan kebiasaannya dikuasai oleh kaum lelaki di Malaysia, namun Siti Nurizati Jefree, 23, berjaya memecahkan dominasi berkenaan dengan keunikan tersendiri yang dimilikinya.

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

BERITA TERBARU

SK Pulo dijangka siap 2025

KUCHING: Projek bina baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo dijangka siap sepenuhnya Februari tahun depan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi

Meriahkan Kembara RIUH yang pertama di Sarawak

KUCHING: Ayuh beramai-ramai memeriahkan Kembara RIUH pertama di Sarawak, program  kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi RIUH OOHA! bertempat di Tempat Letak Kereta