ARTIKEL

Davieyanna Mas Lisanda Adau

Pelajar perlu miliki daya saing tinggi untuk berjaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Keyakinan dan kebijaksanaan yang dimiliki pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Pakan, Davieyanna Mas Lisanda Adau telah membolehkannya menerima Anugerah Khas Pelajar Cemerlang 2023/2024.

Davieyanna turut menerima pengiktirafan apabila turut menggondol hadiah kecemerlangan dalam matapelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Bagi penerima Anugerah Pelajar Harapan 2024/2025 pula, telah dinobatkan kepada Hilton Feerez dan Anugerah HEM diterima Godelieve Ivy Tonny Uma.

Manakala penerima Anugerah Kokurikulum SK Nanga Pakan bagi kategori lelaki ialah Rhomereo Ronthox Salim dan kategori perempuan dirangkul Roswinnie Jelia.

Guru Besar SK Nanga Pakan ketika ditemui Suara Sarawak selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan, berharap kejayaan pelajar tersebut dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar yang lain.

“Saya berharap agar mereka sentiasa maju dari aspek pendidikan serta tetap menjaga tatasusila supaya dapat menjadi modal insan yang mempunyai daya saing yang tinggi.

“Pengorbanan diri dalam pendidikan amatlah dituntut agar dapat menggapai cita-cita dan janganlah berputus asa ketika berhadapan dengan masalah,” ujar Juna.

Juna turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga pendidik sekolah berkenaan di atas usaha yang telah dicurahkan bagi melahirkan murid yang berketerampilan.

Juna Jelani

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

BERITA TERBARU