ARTIKEL

Pelajar Swinburne tonjol bakat, kreativiti menerusi pameran GradX

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pelajar tahun akhir Fakulti Rekaan dan Seni Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di sini, hari ini menonjolkan bakat dan kreativiti mereka menerusi pameran GradX.

GradX yang membawa maksud ‘Pameran Tahun Akhir Siswazah’ berfungsi sebagai landsan dinamik bagi pelajar tersebut selain menyediakan platform untuk mendedahkan pencapaian luar biasa dan memupuk perkembangan profesional mereka.

Ketua Fakulti Rekaan dan Seni Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak Profesor Madya Hugh John Leong berkata, projek pelajar ini mencerminkan pameran untuk industri.

“Kita mahu mempamerkan kerja yang dilakukan di sini dengan kerjasama industri dan syarikat nyata untuk mencipta kehidupan serta komuniti yang lebih baik.

“Ini penting walaupun kita menara gading, kita turut berkhidmat untuk komuniti, bekerja bersama mendidik membentuk komuniti di sekitar terutamanya di Kuching dan Sarawak,” katanya berucap pada pameran GradX di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, di sini.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada industri serta pelanggan kerana memberi peluang kepada para pelajar untuk terlibat sama dalam projek mereka serta memberi maklum balas yang berharga.

Tema bagi pameran tahun ini ialah ‘Flux’ melambangkan perubahan dan cabaran yang dihadapi pelajar untuk menamatkan pengajian dan mewakili peralihan memasuki industri.

Pameran tersebut mempamerkan spektrum projek, termasuk interaktif, animasi, ilustrasi, dan konsep imaginatif yang dicipta dan dikonsepkan dengan teliti oleh pelajar pakar dalam Reka Bentuk Multimedia dan Pengurusan Perniagaan dan Media Digital.

Pameran pelajar tahun akhir Fakulti Rekaan dan Seni Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di sini, hari ini menonjolkan bakat dan kreativiti mereka.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU