ARTIKEL

Pelajar UNIMAS dinobat Ratu Bilanting 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Gillian Octavia Vincent dinobatkan sebagai Ratu Bilanting 2023.

Gadis berusia 24 tahun itu berjaya merangkul juara setelah mengetepikan sembilan pencabar lain dalam aksi akhir di pentas khas terletak di pekarangan Pasar Tebakang, Serian, Sabtu lalu.

Kejayaan itu menyaksikan Gillian membawa pulang wang tunai RM1,500, piala serta beberapa hadiah iringan.

Gillian turut memenangi anugerah Miss Popular pada acara tersebut.

Tempat kedua disandang Shera Lida Minchong, 20, dan Eca Bob Jade menduduki tempat ketiga.
Kedua-dua mereka masingmasing menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan RM750 selain piala dan beberapa hadiah iringan lain.
“Saya cukup gembira dengan kejayaan yang diperoleh ini.

Saingan cukup sengit daripada peserta yang terlibat,” ujar Gillian.

Upacara penyerahan mahkota kejuaraan dilakukan bekas Ratu Bilanting 2022, Joy Angela John Rover.

Manakala majlis penyampaian hadiah dan penangguhan disempurnakan Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Pertandingan Ratu Bilanting 2023 berlangsung di pentas khas pekarangan Pasar Tebakang Serian. Ia dianjur bersempena Cabaran Safari Rakit Serian 2023.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rose Blackpink sertai The Black Label

PENYANYI KOREA, Rose Blackpink menandatangani kontrak pengurusan dengan The Black Label, diketuai oleh penerbit Teddy. “Kami menandatangani kontrak pengurusan dengan artis Rose. “Penerbit Teddy dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik