Trending

Pelajar universiti promosi S’wak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyambut baik inisiatif mana-mana pihak termasuk institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) untuk mempromosikan Sarawak kepada dunia luar.

Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata dalam era menuju ke arah teknologi digitaliasi, semua aspek kehidupan memerlukan perubahan seiring masa kini.

“Disebabkan itu Kerajaan Sarawak berharap agar lebih banyak idea menarik dihasilkan oleh generasi muda terutama mereka daripada institusi pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada penutupan program Come Discover Bumi Kenyalang 2023 anjuran UITM Cawangan Sarawak di Raia Hotel, di sini.

Sementara itu kata Abdul Karim, generasi muda juga harus dibangunkan secara menyeluruh untuk memastikan kestabilan berterusan yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negeri.

“Mereka harus menyesuaikan diri berdepan waktu yang mencabar, dan mereka harus diberikan pengetahuan dan teknologi yang tepat sebagai usaha mempersiapkan diri dengan sebarang kemungkinan pada masa depan,” katanya.

Untuk rekod, program itu merupakan program mobiliti kemasukan antarabangsa dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa UiTM Cawangan Sarawak bersama beberapa universiti dari Indonesia.

Program tersebut bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran menyeluruh kepada pelajar dan memperkenalkan mereka kepada budaya dan persekitaran baharu.

Melalui siri bengkel, seminar dan lawatan lapangan, peserta berpeluang untuk meneroka budaya dan tradisi Sarawak sekali gus terlibat dalam acara rangkaian dan belajar bersamasama penduduk Sarawak.

Hadir sama Rektor UiTM Sarawak Datuk Dr Jamil Hamali.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru