Trending

Pelajari falsafah Dayak – Segulai Sejalai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SPAOH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu seluruh rakyat Malaysia mempelajari falsafah masyarakat Dayak – Segulai Sejalai.

Ia sekali gus tidak melayani sebarang perbezaan yang menyukarkan penyelesaian isu dan masalah.

Menurutnya, dengan melayani perbezaan pendapat akan menyukarkan pertemuan jalan penghujung bagi menyelesaikan masalah.

“Malaysia harus mempelajari falsafah orang Dayak, orang Iban untuk sentiasa seiring sejalan atau Segulai Sejalai.

“Ini adalah pegangan yang terbaik supaya tidak timbul masalah dalam kalangan rakyat yang akan menyebabkan pecahbelah, sebaliknya kita mesti membina kekuatan.

“Justeru, jalinan ini menjadikan perasaan proestablishment itu dapat diterjemahkan demi kepentingan masyarakat yang kita wakili,” katanya.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata demikian semasa merasmikan Pengerami Ngiling Tikai Gawai 2023 di Rumah Panjang Enteri Lengkoi, semalam.

Hal tersebut sesuatu yang mudah jelasnya, tetapi tidak mustahil jika ada unsur-unsur luar untuk mengganggu, apatah lagi dalaman yang sentiasa mencucuk, yang tidak senang dan sering mencari cacat cela, menghina dan merendahrendahkan.

“Kesemua itu mudah tetapi untuk membinanya adalah sukar.

“Tetapi biarpun sukar, insyaAllah ia akan menjadi lebih mudah apabila Kerajaan Sarawak dalam Kerajaan Persekutuan sering Segulai Sejalai,” ujarnya.

Zahid menegaskan, hubungan yang erat antara kerajaan penting sebab bukan hanya bersifat hubungan politik.

“Politik itu pemimpinnya boleh datang dan pergi.

Tetapi persahabatan tidak boleh dijual beli.

“Maka, apabila ada keserasian tidak ada soal-soal yang sukar untuk kita selesaikan kerana kita ada kesefahaman,” tambahnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru