ARTIKEL

RAKAM KENANGAN….Rombongan PMU merakam kenangan semasa mengadakan kunjungan ke POLNEP, baru-baru ini.

Pelajari ilmu baharu dalam pelbagai bidang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Politeknik Mukah (PMU) mengadakan kunjungan ke Politeknik Negeri Pontianak (POLNEP) pada 17 hingga 22 Februari lalu.

Menurut kenyataan PMU, rombongan PMU diketuai oleh Ketua Unit Pengantarabangsaan Mohammad Fardillah Wahi bersama-sama enam pensyarah.

“Mereka terdiri daripada pensyarah bidang kejuruteraan awam, mekanikal dan perdagangan.

“Di samping itu, pengisian program ini untuk menjayakan program pertukaran pensyarah dalam bidang teknikal, seminar penyelidikan, program keusahawanan, Amazing RaceKalimantan Challenge dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Pesantren AlMurabbi Pontianak, Indonesia.

“Kesemua program ini berlangsung di POLNEP, Keraton Kesultanan Kadriah, Tugu Khatulistiwa dan kedai kraf tangan sekitar Pontianak,” menurut kenyataan tersebut.

Program tersebut sekali gus menjayakan dokumen Agreed Minute of Meeting (AMM) di Hotel Palace and Suites.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU