ARTIKEL

Dr Chali Ungang menyerahkan kad identifikasi kepada seorang Operator GPS. | Foto: UKAS

Pelaksana projek dokumentasi tanah wajib ada kad identifikasi elak penipuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Memiliki kad identifikasi bagi setiap operator dalam kerja dokumentasi Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Lot Pertanian dan Lot Kediaman adalah wajib untuk mengelak berlakunya kes penipuan oleh orang tidak bertanggungjawab.
 
Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Serian, Dr Chali Ungang menyatakan pihaknya selama ini ada menerima aduan bahawa orang kampung atau pemilik tanah ditipu, kononnya oleh ahli DBNA yang tidak bertanggungjawab.

Dr Chali Ungang berucap pada Majlis Penyerahan ID Kad kepada Operator GPS. | Foto: UKAS

“Selepas ini setiap operator wajib membawa kad untuk ditunjukkan supaya kehadiran mereka bagi mendokumentasi tanah di kampung itu tidak akan diragui.
 
“Operator GPS (Global Positioning System) wajib membawa kad mereka dan setiap kerja lapangan nanti harus dirujuk kepada DBNA Pusat di Kuching.
 
“Peranan dan tanggungjawab GPS Operator sangat penting kerana tanpa GPS operator, kerja mendokumentasi tanah tidak akan berjaya dilaksanakan di kawasan Bidayuh sejak 2009,” katanya.
 
Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penyerahan ID Kad Kepada Operator GPS di Dewan Santapan Dewan Masyarakat Serian di sini semalam.
 
Justeru, Dr Chali sangat berharap projek dokumentasi tanah NCR di kawasan Bidayuh diteruskan tanpa gangguan dan bantahan lagi.
 
Hadir sama, Timbalan Pengerusi DBNA Cawangan Serian, Dr Clarance Jerry serta tetamu lain.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.