Trending

Pelamin Anganku Musnah, tunang isteri orang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Bagaikan lagu Pelamin Anganku Musnah, niat baik seorang lelaki yang hendak memperisterikan wanita untuk menjadi suri hatinya musnah kerana wanita itu rupa-rupanya suri rumah lelaki lain.

Dalam perkongsian pekerja luar pesisir itu dalam media sosial semalam, dia berkenalan dengan wanita berkenaan sejak 2021 dengan restu ahli keluarganya, mereka bertunang pada 12 Oktober tahun lalu di Kuching.

“Hari yang sepatutnya kami diijab kabul pada 10 November 2023 dan persandingan keesokan harinya menjadi mimpi ngeri saya.

“Saya bawa 22 ahli rombongan pada 9 November, bertolak dari Kuching jam 6 pagi dan tiba di Daro, jam 5 petang.

“Saya bawa mereka ke rumah inap yang ditempah tunang saya.

“Alangkah terkejutnya saya, apabila diberitahu bahawa tiada sebarang tempahan daripada penganti perempuan.

“Saya sudah berasa sesuatu yang lain. Rasa tidak sedap hati,” katanya.

Kerana terlalu penat, mereka mengambil keputusan tinggal di rumah inap itu dengan sewa ditanggung pengantin lelaki.

Keesokan hari, katanya, dia dengan rombongan bertandang ke alamat diberi, namun tiada siapa di rumah.

“Rumah kosong. Tiada orang. Tiada persiapan. Kami ke rumah jiran untuk bertanya.

“Alangkah terkejutnya saya, apabila diberitahu wanita itu isteri orang dan mempunyai dua anak,” katanya.

Lebih hebat, nama, identiti dan segala-galanya tentang wanita itu semua palsu.

“Saya telefon berkali-kali, dia tidak angkat. Bapanya juga begitu.

Mengapa seorang bapa membiarkan anaknya sudah berkahwin untuk bertunang dengan lelaki lain?,”katanya.

Lelaki itu meneruskan luahan hatinya mengakui, maruah keluarganya tercalar selain duit hantaran sudah diserahkan kepada wanita itu.

“Sebagai penjawat awam dalam jabatan beruniform, dia tidak sepatutnya melakukan penipuan seperti ini.

“Saya harap, jabatan akan ambil tindakan tatatertib terhadap anggota yang melakukan kesalahan seperti ini,” katanya yang mengakhiri luahan rasanya dengan amaran ringkas untuk bekas tunangnya – jumpa awak di mahkamah!

Lelaki berkenaan mendakwa kerugian kira-kira RM30,000 membabitkan kos keseluruhan persediaan

perkahwinan mereka. Berikutan itu, difahamkan lelaki berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis

Daro pada 10 November lalu dan perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru