Pelan bangunkan Balingian

MUKAH: Kerajaan Sarawak merancang membangunkan Pekan Balingian menerusi pelan pembangunan dan pelbagai projek asas.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan mempertimbangkan perkara tersebut setelah melihat kembali perkembangan yang dirancang di Pekan Balingian.

“Kita harus merancang semula kawasan ini, dan ini melibatkan pelaksanaan projek infrastruktur asas di Daerah Balingian ini,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan penyerahan dokumen projek Medan Selera Metading Baharu semalam.

Abang Johari berkata, untuk kawasan Metading, Kerajaan Sarawak akan meningkatkan projek menyediakan kemudahan pasar, dan membangun projek rumah yang dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA).

“Kita lihat kawasan Medan Selera Metading ini berada di lokasi yang sangat strategik antara Sibu, Bintulu dan Mukah. Oleh itu, ia pasti akan mewujudkan fokus pembangunan baru di kawasan ini.

“Saya dapat lihat semua rancangan ini sesuai dengan Mukah yang telah kita bangunkan sejak awal zaman Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang telah membuka kawasan Mukah,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk meneruskan rancangan asal pembangunan di Mukah termasuk Balingian.

“Pada 2030, kita akan dapat melihat jalan pesisir menuju Miri dari Kuching ke Samarahan, Sebuyau terus ke daerah ini.

Ditambah dengan projek pembangunan yang ada, ia akan menjadi kawasan yang sangat strategik,” katanya lagi.

… Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 April 2021

Suara Sarawak