Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 dijangka siap bulan Februari

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KAPIT: Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 dijangka akan siap pada bulan depan.
Demikian dijelaskan Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang selepas hadir ke Program Latihan Percubaan Penghantaran vaksin Pfizer Covid-19 di Klinik Kesihatan Belaga Kapit hari ini.
Katanya beberapa kawasan di Sarawak akan menjadi tempat pusat vaksinasi seperti kawasan pedalaman Belaga yang mempunyai Klinik Kesihatan, apabila dipilih menjadi tempat pertama penerimaan “thermal shipper” untuk vaksin berkenaan.
“Banyak tempat seperti hospital, dewan-dewan akan ditetapkan apabila Pelan Imunisasi Kebangsaan ini akan siap pada bulan hadapan,” katanya dalam sidang media di Klinik Kesihatan Belaga hari ini.
Katanya Belaga dipilih menjadi tempat percubaan tersebut adalah bertujuan menguji tahap kestabilan penyampaian vaksin tersebut diterima masuk ke kawasan pedalaman.
 
“Vaksin keluaran Pfizer ini memerlukan penyimpanan pada suhu ultra sejuk, negatif 75 Celcius (+/-15°C) yang memberi cabaran dalam proses pengedaran vaksin tersebut
“Saya percaya, dengan aktiviti ini dapat membantu semua pihak merancang langkah-langkah yang terbaik agar dapat menjamin pembekalan vaksin Covid-19 yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada semua termasuk yang berada di kawasan luar bandar,” jelasnya lagi.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia, walaupun suntikan vaksin Covid-19 telah diterima, semua rakyat masih perlu mematuhi prosedur standard (SOP) yang ditetapkan sebagai norma baharu.
“Seperti mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 ini.
“KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 antaranya melalui perolehan bekalan vaksin dan memastikan pelan imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjalan dengan lancar,” jelasnya
Terdahulu pelan berkenaan sedang diperhalusi oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Covid-19 (JKJAV) apabila kerajaan sedang berusaha memperoleh vaksin Pfizer-BionTech, AstraZeneca dan bekalan vaksin daripada COVAX.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru