ARTIKEL

Pelan induk baharu T-Mega siap Ogos depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelan induk baharu bagi Kawasan Pertumbuhan Ekonomi Tanjung Manis (T-Mega) dijangka siap pada penghujung Ogos 2022, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.

Menurutnya, cadangan pelan induk yang disemak semula itu dijangka akan dibentangkan dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) sebelum diserahkan kepada Pihak Berkuasa Perancang Negeri untuk kelulusan.

“Pelan Induk T-Mega yang diluluskan dan dikemas kini ini akan menjadi panduan untuk melengkapkan usaha pelan pembangunan infrastruktur secara keseluruhan oleh Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

“Ini kerana Tanjung Manis memainkan peranan penting dalam membangunkan kawasan wilayah tengah dan menyediakan infrastruktur prasana bagi membolehkan sektor-sektor yang dikenal pasti seperti perikanan, pertanian, pelancongan dan sebagainya dibangunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian Makmal Semakan Pelan Induk T-Mega Siri III: Tindakan Strategik dan Program Pembangunan Untuk Memudahkan Pelaburan di Tanjung Manis di sini, hari ini.

Tambahnya, walaupun tempoh untuk menghantar laporan pelan induk tersebut terlalu singkat tetapi beliau yakin ia dapat direalisasikan kerana pihaknya sudah mengenal pasti keperluan utama yang harus diberikan keutamaan.

Len Talif melihat pelan kawasan Tanjung Manis selepas merasmikan Makmal Semakan Pelan Induk T-Mega Siri III di sini, hari ini.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU