Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Pelan induk pacu industri pelancongan Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Karim menunjukkan dokumen ucapan penggulungan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan melaksanan rancangan jangka panjang menerusi Pelan Induk Pelancongan Sarawak Ketiga untuk tempoh 2021 hingga 2035.

Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030.

Menurutnya, ia memberi tumpuan kepada usaha memacu sektor pelancongan dan pemulihan segera dengan membawa model dan strategi perniagaan baharu untuk kedua-dua sisi permintaan dan penawaran industri.

Karim menunjukkan ucapan penggulungan kementeriannya sebelum bersidang, hari ini.

“Ia bertujuan meningkatkan bilangan pelawat ke Sarawak daripada garis dasar 4.6 juta pelawat dan RM11.6 bilion dalam resit pelancongan pada 2019 kepada 12.7 juta pelawat menyumbang pulangan ekonomi sebanyak RM50 bilion menjelang 2035.

“Selaras dengan aspirasi PCDS 2030, pelan induk itu tepat pada masanya untuk menyokong rancangan jangka panjang tersebut untuk merangsang pemulihan pertumbuhan segera dan jangka panjang susulan kesan Covid-19.

“Antara lain adalah untuk membawa model dan strategi perniagaan baharu untuk kedua-dua bahagian permintaan dan penawaran industri pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan semasa Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Menurut Abdul Karim, kementeriannya akan memastikan dasar dan rancangan pelancongan, seni dan budaya dalam pelan induk diterjemahkan ke dalam pelan tindakan secara berperingkat.

Untuk rekod, PCDS 2030 telah menggariskan empat strategi utama pelancongan termasuk peningkatkan perjalanan ke Sarawak, pembangunan produk pelancongan dan aset dengan membina budaya, warisan dan alam semula jadi.

Selain itu, meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan pilihan dan meningkatkan kapasiti dan keupayaan modal insan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru