Pelan strategik hadapi musim kemarau

KUCHING: Semua pihak berkuasa bekalan air di negeri telah menyediakan Pelan Strategik Luar Jangka bagi Kemarau ekoran cuaca kering yang melanda beberapa bahagian di negeri ini.

Menurut kenyataan Kementerian Utiliti Sarawak, air akan dihantar menggunakan tangki sebagai langkah segera menangani gangguan bekalan air akibat cuaca kering yang dijangka berlarutan sehingga Oktober.

Kawasan bekalan air yang terjejas disebabkan oleh paras sungai yang rendah,paras air bawah tanah rendah mengan-
dungi air masin ialah di Telok Melano, Sri Aman, Pantu, Selangau, Penibong,Kuala Balingian dan Suai yang di bawah Jabatan Bekalan Air Desa Sarawak dengan langkah-langkah pengurangan seperti membina tebatan sementara atau pengorekan kawasan berhampiran sumber air mentah sedang dijalankan.

Sementara itu Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, kemudahan untuk penginapan bermalam di Taman
Negara Loagan Bunut, Miri akan ditutup sementara sehingga notis lanjut, disebabkan musim kemarau.

Menurut SFC, taman itu akan dibuka untuk pelawat harian namun mereka dinasihatkan agar tidak merokok dan tidak menyalakan api di kawasan taman. Orang ramai boleh menghubungi Pejabat Taman Negara Loagan Bunut di
+ 6085-775119 untuk pertanyaan lanjut.- Bernama