ARTIKEL

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF...Awang Putrayusrie

Pelancaran ‘Detik 100 Hari Menjelang SUKMA XXI’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Majlis pelancaran ‘Detik 100 Hari Menjelang SUKMA XXI Sarawak 2024’ berlangsung pada 5 Mei depan.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, memberitahu, program pada tarikh tersebut diadakan di Tebingan Kuching pada 3 petang.

“Tarikh 5 Mei ialah penanda aras tempoh 100 hari sebelum berlangsungnya temasya berprestij (SUKMA XXI).

“Majlis tersebut turut disertai 1,207 individu terdiri daripada pegawai, jurulatih dan atlet mewakili pasukan terlibat,” ujar Awang.

Temasya SUKMA XXI Sarawak 2024 dijadual berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan.

Sebanyak 37 acara sukan dipertandingkan selama lapan hari temasya itu berlangsung.

Sembilan bahagian akan menjadi lokasi temasya kali ini iaitu Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Logo Rasmi Sukma XXI 2024

BERITA LAIN

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

Kilat Boy, Herlan mula berlatih Sabtu ini

KUCHING: Sesi latihan bersama petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong dengan petinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez bermula Sabtu ini (20 April) di Pusat Tinju Elit

Empat pasukan buru gelaran juara

SEBUYAU: Teka-teki pasukan yang bakal dinobat selaku juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau,

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh