ARTIKEL

Pelancaran Kelab Bola Sepak Pakan pada 28 Jan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PAKAN: Kelab Bola Sepak Pakan akan mengadakan majlis pelancaran kelab tersebut pada 28 Januari 2024 di Dewan Masyarakat Pakan.

Presiden kelab berkenaan, Kevin Jampang Ranggak berkata bahawa majlis berkenaan penting untuk memperkenalkan kelab dan ahli kepada komuniti di Pakan amnya persatuan berkaitan bola sepak.

“Majlis pelancaran yang bakal diadakan juga merupakan platform untuk kelab ini mencari dana kerana kita baru sahaja ditubuhkan pada bulan Nov yang lalu.

“Pada masa sama, kita dapat memperkenalkan kepada komuniti di Pakan bahawa kelab ini akan menjadi ruang kepada bakat di sini untuk dikembangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Suara Sarawak selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di Pejabat Daerah Pakan.

Tambah Kevin, majlis pelancaran kelab tersebut bakal dihadiri Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien, ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom dan ADUN Meluan Rolland Duat Jubin.

Kelab bola sepak tersebut yang dikenali sebagai Pakan FC merupakan kelab yang aktif dalam mengangkat potensi pemain di Daerah Pakan.

Ujar Kevin, harga bagi satu meja adalah RM500 dan boleh didapati daripada beliau sendiri dan Mathew James.

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu