ARTIKEL

Pelancaran PADU sedia perkhidmatan lebih baik kepada rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan inisiatif kerajaan yang amat baik bagi menghubungkan data dalam satu sistem yang bersepadu dengan menggabungkan semua maklumat dari jabatan dan agensi kerajaan.

Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd Tan Sri Jamaluddin Ibrahim berkata pengenalan pangkalan PADU adalah tepat pada masanya untuk menyediakan perkhidmatan yang unggul kepada rakyat.

“Saya merupakan sebahagian dari Jawatankuasa Ekonomi Digital.

Kami menghasilkan kajian untuk menghubungkan semua data bersama.

Ia menjadi masalah besar kerana semuanya agak terpisah dan kami perlu membawa mereka bersama-sama dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai.

“Ini (pelancaran PADU) adalah satu pencapaian yang mengkagumkan.

Akhirnya, ia berlaku,” katanya kepada Bernama

PADU merupakan satu pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan semua data dari jabatan dan agensi kerajaan untuk memberi gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosio-ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

Untuk rekod, PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama yang terdiri daripada Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang turut melibatkan kerjasama semua agensi lain.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin berkata perlaksanaan sistem PADU ini sesuatu yang dinantikan oleh komuniti perniagaan di Malaysia dalam usaha menangani ketirisan subsidi

“Dengan sistem PADU ini, harapannya wujud subsidi bersasar yang lebih berkesan selain dapat mencapai golongan sasar secara lebih menyeluruh.

“Dengan pelancaran PADU ini, kerajaan akan dapat mengenalpasti kumpulan sasar (yang memerlukan bantuan) dengan lebih terperinci.

Bagi saya PADU ini dilancarkan pada masa yang amat tepat” katanya.

Bersempena dengan peluncuran PADU, Ameer Ali berkata pasaraya Mydin turut menyediakan tawaran istimewa, yang mana individu yang telah mendaftar dengan sistem PADU boleh menebus vaucer diskaun dari pasaraya tersebut. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU