Pelancong luar negara teruja dengan Tarian Alu-Alu

Festival Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2019 yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak merupakan kali ke-22 yang mempersembahkan lagu-lagu tradisional dan kebudayaan dari seluruh dunia.

Selain itu, RWMF 2019 kali mempersembahkan satu kelainan berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun ini, beberapa buah negara yang baru sahaja menyertai RWMF buat kali pertama seperti Nagaland, Bhutan, Canary Island, Mauritius, West Kalimantan Dayaks, Jamaica, Estonia dan etnik Ainu dari Jepun.

Ini menjadikan RWMF 2019 unik dan mempunyai sedikit kelainan berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, RWMF 2019 mempamerkan lima pentas persembahan utama iaitu Jungle Stage, Tree Stage, Theatre Stage, The Big Tent Stage dan Indigenous Stage.

Tidak ketinggalan juga apabila Tarian Alu-Alu yang merupakan tarian tradisional kaum Melanau turut dipersembahkan sempena RWMF 2019.

Tarian Alu-Alu menjadi salah satu tarikan utama pengunjung dari luar negara kerana keunikan tersendiri dan tidak terdapat di mana-mana di seluruh dunia.

Jurulatih Kampung Budaya Sarawak Martina Benedict H Paul menjadi pembimbing kepada pelancong dari luar negara yang ingin merasai pengalaman sebenar Tarian Alu-Alu. “Saya mahu pelancong merasai merasai Tarian Alu-Alu yang mempunyai keunikan dari segi muzik yang tersendiri,” jelas Martina.

Martina berkata Tarian Alu-Alu mempunyai sedikit perbezaan dengan Tarian Bambu Sabah kerana mempunyai tujuan yang tersendiri.

“Tarian Alu-Alu merupakan tarian yang menjadi adat kaum Melanau terutama pada upacara kematian,” jelas Martina.

Menurut Martina, Tarian Alu-Alu dipersembahkan bagi menghibur para pengunjung yang datang ke upacara kematian supaya mereka tidak terlalu bersedih.

“Penari yang menari Tarian Alu-Alu biasanya tidak senyum kerana tarian tersebut berkait dengan upacara kematian,” kata Martina.

Tambah Martina, Tarian Alu- Alu sudah di komersial sebagai salah satu kebudayaan Sarawak untuk dipromosikan kepada pelancong.

Seorang pelancong dari Amerika Syarikat iaitu Charlie Junkie, 33 berkata dia sangat tertarik dengan keunikan Tarian Alu-Alu.

“Buat pertama kali saya datang ke Kuching dan merasai pengalaman yang sangat menarik dengan menari Tarian Alu-Alu,” kata Charlie.

Helen Milligan, 28, seorang pelancong dari Afrika Selatan berkata dia teruja menari Tarian Alu-Alu.

“Saya berasa sangat seronok dan tak sangka saya mampu melakukan Tarian Alu-Alu walaupun pertama melakukannya,” kata Helen.

Suara Sarawak