ARTIKEL

Pelancong warga India hilang ketika daki Gunung Jasar di Cameron Highlands

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IPOH: Seorang pelancong warganegara India dilaporkan hilang selepas mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands sejak 22 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Cameron Higlands DSP Azri Ramli dalam kenyataan memaklumkan Nandan Suresh Nadkarni, 44, telah mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 Sept dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 Sept.

“Pada 25 Sept, polis telah menerima satu laporan polis yang dibuat pengurus hotel memaklumkan kehilangan lelaki terbabit sejak 22 Sept.

“Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) hotel mendapati mangsa telah keluar dari hotel pada 9 pagi, 22 Sept dan dan tidak pulang ke hotel sehingga tarikh 24 Sept.

“Hasil siasatan awal polis mendapati pada 22 Sept mangsa telah keluar dari hotel seorang diri untuk melakukan aktiviti pendakian di trail 10 Gunung Jasar, Tanah Rata berdasarkan beberapa rakaman CCTV yang diperoleh di sekitar kawasan Tanah Rata,” katanya.

Beliau berkata sebagai tindakan susulan, pihak polis telah menubuhkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai oleh pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Perrtahanan Awam Malaysia (APM) dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Azri menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat, boleh menghubungi bilik gerakan (DCC) menerusi talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. 

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menularkan maklumat-maklumat yang tidak sahih, katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang Zulfadli Zakaria berkata SAR yang ditangguhkan semalam disambung semula 8 pagi tadi meilbatkan pelbagai agensi termasuk malim gunung dan anjing pengesan.

“Berdasarkan maklumat yang diterima pada 3 petang semalam daripada roaming maxis mengatakan isyarat terakhir dikesan melalui pencawang Habu Height pada pukul 1.04 tengah hari, 22 Sept.

“Anggota SAR juga membuat pemantauan dron di kawasan air terjun di sekitar kawasan Sungai Ubi,” katanya. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur