ARTIKEL

Pelancongan bakal jana RM7.25 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 1.3 juta pelancong berkunjung ke Sarawak dengan jumlah pendapatan pelancongan sebanyak RM3.27 bilion direkodkan bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata jumlah pelancong yang dicatatkan ini (1.3 juta) meningkat sebanyak 315.41 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2020.

Beliau berkata, ia adalah usaha kementeriannya, menjadikan Sarawak mencapai lebih tiga juta ketibaan pelawat sekali gus menjangkakan Sarawak menjana RM7.25 bilion dalam resit pelancongan tahun ini.

“Pelancongan antarabangsa dijangka meneruskan pemulihannya pada 2023, manakala pelancongan domestik akan terus menyokong prestasi keseluruhan.

“Ini didorong permintaan pelancong mencari aktiviti terbuka, produk berasaskan alam semula jadi dan pelancongan luar bandar,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan menteri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

Tambah Karim, kementeriannya dan agensi berkaitan telah melaksanakan langkah-langkah jangka pendek untuk mengekalkan pemulihan industri pelancongan, seni dan budaya.

Katanya usaha ini bakal direalisasikan dengan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Persekutuan (MOTAC) Malaysia dan industri pelancongan, pemain industri dan pihak berkepentingan.

Sehubungan itu kata Karim, kementeriannya akan meneruskan kempen Sia Sitok Sarawak berikutan populariti yang diraih oleh kempen ini.

Katanya, ‘Global Sia Sitok Vacations’ telah bermula sejak 1 Mei lalu dan akan berakhir pada 16 Julai tahun ini.

“Kerjasama antara Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dengan Persatuan Pengusaha Hotel Malaysia menawarkan sehingga 144 pakej dan menyasarkan 9,000 bukan warga Sarawak dan warga asing berpeluang melawat Sarawak,” katanya.

Ujar Karim, jumlah jualan yang direkodkan daripada kempen pada 2022 ialah RM6.5 juta dengan 800 pakej pelancongan terjual, memanfaatkan 6,406 pengunjung dengan 15,277 bilik ditempah melalui Penginapan Sia Sitok Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek ikan bulu bawa tuah

SIMANGGANG: Koperasi Opah Sri Aman Berhad antara lima kumpulan terbaik yang menerima RM15,000 pada Shell LiveWIRE Pre-Accelerator Bootcamp Sarawak 2024. Nur Izzati Zalaluddin dan pasangan