ARTIKEL

Pelancongan sungai PESTA BENAK berlangsung meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PESTA BENAK SRI AMAN 2023 meneruskan legasi penganjurannya untuk edisi ke-20 apabila memenuhi kalendar pelancongan Sarawak pada 29 September sehingga 1 Oktober.

Penganjuran kali ini lebih meriah, malah sangat signifi kan dengan pembangunan infrastruktur tebingan sungai baharu.

Bahkan, ia menjadi platform penting yang memberi impak kepada sosioekonomi masyarakat tempat terutama di bandar Simanggang.

Pesta Benak 2023 menyasarkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung dari dalam dan luar negara bagi menyaksikan fenomena air unik tersebut.

Pesta Benak merupakan kejadian air pasang yang berlaku dengan alunan berombak di Batang Lupar.

Kejadian luar biasa itu berlaku akibat keadaan muara sungai luas dan dasar sungai cetek, permukaan air kemudian membentuk struktur ombak yang beralun menuju ke bahagian hulu sungai apabila air pasang.

Fenomena air di Batang Lupar ini merupakan salah satu daripada 60 kejadian benak di seluruh dunia.

Pesta ini bukan sekadar istimewa, malah ia juga menjadi pesta tahunan yang dinanti-nantikan masyarakat di Sri Aman.

KALENDAR PELANCONGAN

Residen Bahagian Sri Aman, Abang Mohamad Porkan berkata, Pesta Benak diadakan sejak 1999 secara kecil-kecilan.

“Sejarah tentang Pesta Benak ini sebenarnya berlangsung sejak 1999 sehingga ia dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak pada 2021. 

“Pesta ini diwartakan sebagai produk pelancongan yang unik bagi masyarakat setempat, dalam negara dan luar negara.

“Untuk kali ini kita menyasarkan kedatangan 50,000 pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Majlis pembukaan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang menyaksikan pelbagai pengisian program disusun atur sepanjang tiga hari ia berlangsung.

“Pada kali ini turut dilaksanakan Regatta Benak, Miss Tourism Benak 2023, Ratu Kebaya Benak dan pentas kebudayaan.

“Kita juga mengadakan Bazar Benak, pelbagai pameran melibatkan bangunan dan gerai jualan.

“Kemuncak acara pula pertunjukan luncur air benak, pertandingan fotografi dan pertandingan seni suara gaya burung berkicau, pertandingan memanah, layang-layang, Battle of The Band, berbasikal dan perhimpunan kumpulan motosikal serta pertunjukan bunga api,” katanya.

TERUJA

Sementara itu, Suara Sarawak turut menemu bual beberapa pengunjung Pesta Benak 2023 dan rata-rata mereka teruja apabila dapat melihat penganjuran program ikonik tersebut.

Menurut Juhah Sudew, 66, penganjuran kali ini sangat meriah dengan pelbagai pengisian program dilaksanakan oleh penganjur.

“Saya datang menyaksikan lumba perahu, memang sangat meriah kali ini, jadi saya harap ia terus meriah pada masa akan datang,” katanya.

Bagi Iyad Danish, 17, dia bersama-sama keluarga memandu dari Sibu semata-mata datang ke Pesta Benak.

“Saya dari Sibu, setiap tahun datang ke Pesta Benak di Sri Aman. 

“Tahun ini sangat meriah berbanding tahun sebelumnya, ia dimeriahkan sebab banyak peniaga,” katanya.

Sementara itu menurut Christina Dora, 40, penganjuran kali ini amat signifikan dengan adanya tebingan Sri Aman yang baru siap dan dapat digunakan oleh masyarakat.

 “Jika dibanding dengan penganjuran sebelumnya, tahun ini lebih meriah dengan adanya Tebingan Sri Aman yang memudahkan pengunjung untuk menyaksikan fenomena benak, kalau boleh pengisian program ditingkatkan lagi,” ujarnya.

Angelia David, 44, ketika ditemui berkata, pesta tersebut berjaya dijadikan sebagai medan untuk usahawan dan peniaga tempatan memasarkan produk jualan mereka.

 “Pesta Benak 2023 dijadikan platform untuk usahawan kecil menjana pendapatan sekali gus mempromosi produk tempatan,” ujarnya.

Manakala Wayne Mcmeling, 21, menyifatkan ia sebagai pengalaman baharu kerana pertama kali menyaksikan fenomena benak.

 “Sebelum ini saya hanya dilihat dalam video dan gambar.

“Ini kali pertama saya datang ke Pesta Benak, memang tidak disangka penganjurannya sangat hebat dan meriah, saya berharap penganjuran edisi akan datang lebih besar untuk tarik pelancong dari luar negara, “ katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Nawal Sufia menang tempat ketiga

PERTANDINGAN Akhir Bercerita dan Pidato Anak-anak Malaysia Piala Ketua Wanita Ikram berlangsung pada 24 Februari lalu. Thniah diucapkan kepada Nawal Sufi a Mohd Shukri yang

Komuniti desa berpendapatan tinggi

Ketika berucap pada majlis yang sama,Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfi kri Osman turut mengucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan yang diperoleh dalam pertandingan

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

BERITA TERBARU

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San