Pelantikan wakil MPPK Sarawak dijangka diumumkan November

KUCHING: Pelantikan wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dijangka diumumkan pada awal November.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen berkata parti itu kini sedang memuktamadkan senarai wakil itu.

“Anggaran 5,900 nama bagi setiap kampung dan rumah panjang di kawasan ini akan disenaraikan.

“Kami perlu memuktamadkan senarai itu sebelum menyerahkannya kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk pelantikan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini hari ini.

Pada Jumaat, Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata rancangan penubuhan MPKK akan diteruskan seperti yang dirancang, meskipun ditentang kerajaan negeri.