ARTIKEL

BERCAKAP.... Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

Pelantikan Wan Junaidi sebagai TYT Sarawak keputusan yang tepat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sesuai dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak yang baharu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pelantikan Tan Sri Wan Junaidi diangkat menjadi TYT yang baharu adalah satu keputusan amat tepat sekali.

“Beliau telah berkhidmat begitu lama sekali dan berpengalaman dalam hal-hal perundangan, selain menjurus kepada kepimpinan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Apresiasi MYSED, pada Khamis.

Kata Karim, pengalaman Wan Junaidi dalam tampuk kepimpinan politik negara juga sudah cukup meluas untuk dilantik sebagai TYT yang sah.

“Pernah menjadi menteri, speaker dan ahli parlimen. Maka, kita pun tidak malu dan segan kalau orang Sarawak (Wan Junaidi) menjawat jawatan begitu tinggi dalam institusi sebagai TYT,” katanya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU