ARTIKEL

Pelarasan semula gaji, elaun tetap penjawat awam bukti anwar laksanakan janji – Cuepacs

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR:  Jaminan semakan semula skim gaji serta beberapa elaun tetap penjawat awam yang akan diumum dalam masa terdekat, bukti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa melaksanakan apa diperkatakannya.

Malah, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata khabar gembira itu, diumumkan hanya dalam tempoh seminggu selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan Anwar pada 18 Julai lepas, untuk memberikan pandangan dalam soal pelarasan elaun tetap.

“Cuepacs memberi jaminan kesungguhan Perdana Menteri, pasti akan diterjemahkan dengan kualiti perkhidmatan yang terbaik oleh warga perkhidmatan awam.

“Penjawat awam akan menjadi pemudah cara terbaik dalam pemulihan ekonomi negara, selaras dengan usaha Perdana Menteri untuk memulihkan semula ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri berkata beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam akan diumumkan dalam seminggu dua lagi dan beliau akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan pertama pelarasan skim gaji penjawat awam, minggu hadapan.

Manakala pada 13 Julai, beliau berkata skim gaji penjawat awam akan dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara, dan cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad, sebelum Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.

Adnan berkata jaminan diberikan Anwar yang juga Menteri Kewangan itu bermakna, janji untuk melaksanakan pelarasan semula skim gaji penjawat awam akhirnya akan menjadi sebuah kenyataan, setelah sekian lama ia dinantikan.

Antara lain, Adnan berkata ketika pertemuan dengan perdana menteri sebelum ini, Cuepacs mencadangkan pertambahan Elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) sebanyak RM100, serta pembayaran penuh elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan.

“Walau apa jua keputusan kerajaan, penjawat awam akan terus kekal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara, tanpa berbelah bahagi,” katanya.

– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan