ARTIKEL

Pelatih Pusat Khidmat Dalam Komuniti Julau melawat Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Seramai 20 pelatih Pusat Khidmat Dalam Komuniti (PDK) Julau mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, hari ini.

Ketua BBP Bintangor Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima kehadiran tetamu istimewa itu pada jam 8.50 pagi.

Katanya, kesemua pelatih yang diiringi guru dan ibu bapa masing-masing itu dibawa melihat dan belajar secara ringkas mengenai jentera serta peralatan bomba.

Anggota bomba Bintangor menunjukkan cara-cara memadam kebakaran kepada pelatih PDK yang hadir dalam sesi lawatan ke balai itu.

“Pada masa yang sama, mereka juga berpeluang menyaksikan sendiri anggota bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Kita juga mendedahkan mereka dengan cara menyelamatkan diri di samping menerangkan peranan dan tugas anggota bomba,” katanya kepada Suara Sarawak.

Beliau berkata, penerangan secara terperinci selain demonstrasi yang ditunjukkan sepanjang sesi lawatan penting sebagai persiapan mereka mengenai langkah keselamatan ketika kebakaran.

Bagaimanapun katanya, sesi taklimat dilakukan secara santai agar mudah difahami sekali gus menjadikan mereka lebih gembira dan teruja.

“Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor sentiasa mengalu-alukan kehadiran pengunjung. Bagi kami, inilah peluang terbaik bomba untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat di samping berkongsi ilmu yang bermanfaat bersama mereka,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU