ARTIKEL

CEO LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai bercakap pada sidang media Festival Maal Hijrah 1446/2024M anjuran LAKMNS di sini, hari ini.

Pelbagai aktiviti menarik di Festival Maal Hijrah di Masjid Jamek Negeri Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Festival Maal Hijrah yang memeriahkan serta menyemarakkan sambutan Tahun Baharu Hijrah kembali lagi dengan lebih 30 aktiviti menarik sepanjang tiga hari acara berlangsung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, festival itu dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 14 Julai ini bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

“Pada tahun ini kita mengadakan kembali merangkumi pelbagai aktiviti menarik dengan beberapa penambahbaikan, antaranya program Jualan Rahmah selama dua hari berturut-turut,” katanya pada sidang media Festival Maal Hijrah 1446/2024M anjuran LAKMNS di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, objektif festival berkenaan adalah sebagai platform untuk menyemarakkan sambutan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta medium menyampaikan ilmu dan meningkatkan kefahaman orang ramai berkenaan tahun baharu Hijrah.

“Kita juga mahu mempromosikan bahawa masjid bukan hanya platform untuk mengerjakan ibadah, tetapi boleh dijadikan sebagai pusat riadah dan gaya hidup sihat berlandaskan nilai agama, kerohanian, kekeluargaan, sukan dan sebagainya,” jelasnya.

Katanya lagi, antara aktiviti yang bakal berlangsung ialah malam cinta rasul, kembara berbasikal, larian hijrah, pameran kerjaya dan pendidikan serta pelbagai jenis pertandingan.

“LAKMNS turut menyediakan beberapa hadiah istimewa kepada pengunjung menerusi cabutan bertuah, manakala program Jualan Rahmah juga berlansung pada 13 dan 14 Julai dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

CEO LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai menyampaikan replika sijil penghargaan kepada Sub-Editor Suara Sarawak selaku media rasmi Festival Maal Hijrah 1446/2024M.

“Seluruh lapisan masyarakat termasuk golongan belia, kanak-kanak, wanita, peminat sukan termasuk yang bukan beragama Islam diseru untuk turut serta memeriahkan festival,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau memberitahu Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal menyempurnakan majlis penangguhan festival yang dijadualkan berlangsung pada 9 pagi, 14 Julai depan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Suara Sarawak selaku media rasmi festival tersebut, di samping beberapa penaja utama lain. Maklumat lanjut boleh didapati di media sosial LAKMNS dan portal rasmi festival iaitu fmhlakmns.com.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.