ARTIKEL

Pelbagai jenis teh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEH ialah minuman yang dihasilkan daripada sejenis pokok renek dengan daun atau pucuknya dikeringkan untuk dibuat minuman.

Pokok ini mengambil masa sehingga tiga tahun untuk matang sehingga dapat dituai.

Daun teh dipetik dan diproses dengan cara berbeza, untuk mengeluarkan rasa dan aroma tertentu serta menghasilkan pelbagai variasi teh yang ada.

Nama saintifik pokok ini ialah Camellia sinensis dan ia dipercayai berasal dari China dan Asia Timur.

Air teh merupakan minuman berperisa paling banyak diminum di serata dunia yang boleh dicampurkan dengan pelbagai jenis herba, rempah, bunga dan perasa buah.

Rasanya pula bergantung kepada jenis baka dan cara daun tersebut diproses.

Teh banyak ditanam di China, India, Pakistan, Iran, Sri Lanka, Taiwan, Jepun, Indonesia, Nepal, Australia, Argentina dan Kenya.

Teh secara tradisionalnya dikelaskan kepada empat kumpulan besar, berasaskan tahap “penapaian” yang dilalui oleh daunnya iaitu teh putih, teh hijau, teh Oolong dan teh hitam.

Teh putih dihasilkan dalam jumlah sedikit berbanding jenis lain, ekoran itu harganya lebih mahal berbanding teh lain.

Teh putih dan teh hijau mempunyai daun teh yang paling kurang teroksida, sementara Oolong, dan teh hitam pula menggunakan daun teh yang paling banyak teroksida.

Teh yang sudah siap diproses biasanya dijual dalam bentuk serbuk dan uncang.

Antara khasiat teh ialah ia kaya antioksidan yang mampu menghalang tubuh badan dari penuaan, menguatkan tulang, meningkatkan sistem imunisasi dan menghalang kerosakan yang berpunca daripada pencemaran.

Ia juga mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

BERITA LAIN

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

BERITA TERBARU