ARTIKEL

Abang Johari (kiri) dan Juma'ani (kanan) masing-masing menerima cenderamata daripada Dr Annuar (dua kiri) dan isterinya, Datin Dr Haniza Zainal Abidin (dua kanan) sambil disaksikan oleh Wan Junaidi (tiga kiri) dan Fauziah (tiga kanan). - Foto UKAS

Pelbagai kejayaan dikecapi Sarawak hari ini hasil kestabilan politik – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pelbagai kejayaan Sarawak dari segi ekonomi baharunya adalah hasil daripada kestabilan politiknya.

Berucap pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu di sini pada malam tadi, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, oleh itu Sarawak telah dikagumi ramai orang, termasuk Semenanjung Malaysia, malah dunia telah mula mengenali Sarawak.

Rentetan itu, Premier Sarawak mahu mengingatkan para pemimpin di Sarawak supaya mengelak perbalahan dan sebaliknya bersatu tanpa mengira latar belakang.

“Kejayaan yang dicapai Sarawak hari ini adalah kerana kestabilan politik di negeri ini dan ia perlu dikekalkan dan dipelihara.

“Di Sibu, misalnya, kita ada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kita juga mempunyai Parti Demokratik Progresif (PDP) yang bekerjasama untuk rakyat Sarawak,” katanya.

Menurutnya, Sarawak kini banyak mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara kerana ekonominya yang stabil.

Tegasnya, ini kerana Kerajaan Negeri mempunyai hala tuju yang jelas tentang apa yang akan dilakukan untuk negeri ini.

“Namun kita tetap merendah diri dan bersedia untuk berkongsi, contohnya hidrogen, tiada negeri lain (di Malaysia) mempunyai hidrogen, kita sahaja yang memilikinya.

“Semua ini (tenaga hijau) adalah cara baharu dan ekonomi baharu.

“Saya beritahu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), tenaga adalah kunci pembangunan kita,” katanya.

Abang Johari seterusnya berkata Sarawak menyasarkan pengeluaran tenaga sebanyak 10 gigawatt atau 10,000 megawatt menjelang tahun 2030.

“Insya-Allah, kita akan mencapai sasaran ini kerana kita akan mempunyai empangan,” katanya lagi.

Majlis yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) itu dihadiri kira-kira 2,000 hadirin yang diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee, Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad serta kenamaan lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU