ARTIKEL

TAMAT TEMPOH… Mancha menunjukkan minuman keras tamat tempoh yang dirampas menerusi Op Taring Alpha.

Pelbagai minuman keras, rokok bernilai RM98.7 juta dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 2,858 kotak rokok dan minuman keras pelbagai jenama melibatkan nilai rampasan berjumlah RM98.7 juta termasuk cukai telah dirampas menerusi Op Taring Alpha yang diadakan semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, operasi itu dijalankan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WCB) Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dengan dengan kerjasama Pasukan IPK Kontijen Sarawak.

RAMPAS… Kesemua kotak rokok dan minuman keras pelbagai jenama berjaya dirampas menerusi Op Taring Alpha yang diadakan semalam.

“Dalam operasi menyasarkan aktiviti penyeludupan kontraban tersebut, seramai lapan lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 67 tahun telah ditahan.

“Kesemua suspek ditangkap dalam tiga serbuan berlainan di premis yang dijadikan stor peyimpanan barang-barang berkenaan iaitu di Jalan Setia Raja; Jalan Padungan dan Jalan Penrinssen Batu 7 Padawan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kejayaan Operasi Pembanterasan Barang Penyeludupan oleh WCB/ PSK Bukit Aman dengan kerjasama Pasukan IPK Kontinjen Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mancha berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan hingga lima tahun dan boleh didenda sebanyak RM100,000.

“Kesemua suspek kini direman antara dua hingga tujuh
hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya menambah operasi turut dijalankan dengan kerjasama PPM Marin Wilayah 5 Kuching serta Pasukan Gerakan Am Batalion 11.

Berhubung barangan rampasan, Mancha berkata kesemua kotak rokok dan minuman keras pelbagai jenama tersebut kebanyakannya telah tamat tempoh.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan