ARTIKEL

Pelbagai program menarik di Samarahan 14 hingga 18 Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka Bahagian Samarahan bakal diadakan bermula 14 hingga 18 Julai ini selepas berlangsung di beberapa bahagian di Sarawak sejak perasmiannya pada 28 Mei lepas.

Menurut Residen Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang, pelbagai aktiviti akan diadakan bertempat di pusat Beli-Belah The Summer Mall selain di daerah lain termasuk Asajaya, Sebuyau, Simunjan, Gedong dan Sadong Jaya.

“Malah, sambutan turut bakal dimeriahkan dengan kehadiran Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang akan mengetuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari Bahagian Serian ke Bahagian Samarahan pada 15 Julai ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Di samping itu katanya, Pameran Digital 60 Tahun Sarawak Merdeka, gerai jualan, Dapur Samarahan serta pertandingan karaoke akan diadakan pada 14 Julai, manakala prapelancaran dijangka disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang.

“Pada keesokkan harinya pula, beberapa aktiviti menarik akan diadakan seperti pertandingan aerobathon, mewarna, E-sport, Nopeng, Little Prince and Princes dan Pentas Rakyat di Pusat Beli-Belah The Summer Mall,” ujarnya.

Menurutnya, Premier juga bakal merasmikan pameran digital dan melawat ke gerai jualan pada hari berkenaan, manakala sebelah malam akan diadakan Pentas Rakyat dan pertandingan akhir karaoke.

Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Samarahan diteruskan pada Isnin (17 Julai) bermula di Simunjan dan Gedong.

KONVOI… Aktiviti yang dianjurkan sempena konvoi Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka Bahagian Samarahan.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU