ARTIKEL

Khairuddin Qalam Daud menandatangani bola sebagai gimik pelancaran Pakan FC

Pelbagai program pembangunan bola sepak dirangka di bawah FAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Pelbagai program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi telah dirangka di bawah Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) untuk memperkasakan sukan ini untuk kembali menjadi pasukan yang digeruni menerusi visi 10 tahun FAS atau lebih dikenali Visi 10-32.

Antaranya ialah pembangunan pemain muda dari peringkat sekolah, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan untuk dijadikan pemain pelapis pada masa akan datang.

Naib Presiden FAS Khairuddin Qalam Daud berkata, dengan penubuhan Kelab Bola Sepak Pakan, maka ini merupakan satu landasan kepada pemain menonjolkan bakat untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi.

“Saya cukup bangga dan bertuah di atas penubuhan Kelab Bola Sepak Pakan yang akan menjadi ruang kepada para pemain memperagakan kemahiran dalam sukan bola sepak.

“Malah penubuhan Pakan FC ini juga, dapat membantu memperkasa dan mengembangkan sukan bola sepak dan membantu negeri melahirkan pemain pelapis terutamanya dari kampung yang jauh dari Kuching seperti ini,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Pengadil Sarawak berkata demikian pada Majlis Makan Malam sempena Pelancaran Kelab Bola Sepak Pakan di Dewan Masyarakat Pakan.

Baca lain  Liga Serian: Gedong Unity menang bergaya

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pakan FC kerana berjaya ditubuhkan dan ini merupakan kelab bola sepak yang pertama di Daerah Pakan.

“Kita akan menjemput kelab ini untuk bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Sarikei dan secara tidak langsung akan turut bernaung di bawah FAS dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU