KOTA SAMARAHAN: Dalam memastikan budaya-budaya pelbagai kaum di Borneo dapat diperkenalkan kepada dunia, usaha bersepadu perlu diperbanyakkan untuk memastikan aliran informasi dapat dikembangkan dengan efisyen.
Sehubungan itu, langkah dalam memperkenalkan budaya melalui seni, muzik, seni kraf dan makanan tradisional telah diambil oleh kumpulan muzik At Adau melalui penganjuran bengkel ‘Rythms of Borneo’ yang berlangsung di La Promanade Mall pada 5 dan 6 ogos serta 12 dan 13 ogos.
Menurut Produser Kreatif At Adau, Meldrick Andrew Udos atau lebih dikenali sebagai Bob berkata, bengkel ini diwujudkan memandangkan kumpulan muzik yang bertapak di Sarawak itu mempunyai ahli-ahli yang mempunyai latar belakang kaum yang berbeza.
Tambahnya, kumpulan muzik merek tidak hanyak meletakkan konsep muzik sebagai corong laluan memperkasakan budaya malah turut memasukkan elemen lain dalam masa yang sama mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam penghasilan produk kebudayaan.