ARTIKEL

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal (dua, kiri) bergambar bersama tiga Ahli Dewan Negara yang baharu mengangkat sumpah jawatan di Bangunan Parlimen hari ini. Foto, Bernama.

Pele Peter Tinggom dilantik jadi Ahli Dewan Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Senator Pele Peter Tinggom menggunakan pengalaman luasnya dalam pentadbiran di Sarawak untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara.

Beliau berterima kasih kepada Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing yang mencalonnya ke jawatan berkenaan.
Pele juga menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana memberi sokongan.

Terdahulu, Pele Peter, 55, dan Senator Anna Bell @Suzieana Perian yang dicalonkan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) serta Senator Datuk Bobbey Ah Fang Suan mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal kira – kira pukul 11 pagi hari ini.

Pele Peter berpengalaman 22 tahun dalam pentadbiran di Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

Beliau merupakan bekas peguam dan pernah bertugas di Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,