KUCHING: Pele Peter Tinggom kini Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baharu, menggantikan Semawi Mohamad.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar di Kompleks DUN Sarawak di sini, hari ini.
Upacara turut disaksikan Timbalan Speaker DUN Sarawak, Datuk Gerawat Gala dan Timbalan Setiausaha DUN Sarawak, Sharifah Shazzea Wan Akil.
Pele sebelum ini pernah menjadi Timbalan Setiausaha DUN dari Februari 2011 hingga Mei 2015.