Trending

Pelesenan syarikat internet, hati-hati keluarkan kandungan di media sosial

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERCAKAP… Fahmi menjawab soalan pemberita

KUCHING: Semua platform media sosial perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan kandungan yang disiarkan susulan syarikat gergasi internet Google dan Platform Meta yang mengendalikan media sosial akan didaftar dan dilesenkan di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut perlu diteliti dengan serius supaya dapat memberi pulangan semula kepada industri media tempatan termasuk aplikasi Tiktok.

“Keperluan untuk melesenkan kesemua platform tersebut susulan banyak kandungan yang dihasilkan oleh organisasi media tempatan di Malaysia dimanfaatkan oleh mereka,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menziarah penerbit rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Irwan Budi Annuar, 49, yang menghidap masalah kesihatan di kediamannya di Jalan Bako, Petra Jaya di sini.

Di bawah Meta Platform dimiliki oleh Mark Zuckerberg terdiri daripada Facebook, Instagram dan Whatsapp.

Sementara itu Fahmi berkata, kementeriannya sudah membincangkan perkara berkenaan bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meneliti keperluan untuk mendaftar dan melesenkan platform-platform tersebut.

“Ini kerana terdapat keperluan untuk mempertimbangkan mekanisme bagi kesemua platform berkenaan supaya dapat menyumbang balik kepada industri media di Malaysia.

“Usaha ini perlu dilaksanakan bagi membantu sistem media di Malaysia mampan dan sihat, sekali gus membantu industri media di Malaysia,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru