ARTIKEL

Pelihara bahasa sukuan minoriti di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BENGKEL Manuskrip Pengesahan Daftar Kata bahasa Sekapan — bahasa Melayu dijalankan pada 23 hingga 26 Mei lalu di Pejabat Daerah Belaga.

Bengkel ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Bangsa Sekapan, Belaga dan Dewan Bahasa Pustaka (DBP).

Menurut pengerusi Persatuan Bangsa Sekapan, Belaga, Erick Drenner Dangan, bengkel ini bertujuan untuk mengelak bahasa Sekapan menghadapi kepupusan.

“Banyak bahasa masyarakat minoriti di dunia menghadapi kepupusan. Semakin kecil mereka, semakin kuat ancaman peralihan bahasa dan akhirnya kehilangan bahasa.

“Ahli bahasa percaya bahawa setiap bahasa minoriti adalah unik dan penting bagi para sarjana atau pengkaji untuk melihat peluang menghentikan proses peralihan dan kehilangan mana-mana bahasa,” katanya.

PENERIMAAN MASYARAKAT

Dalam konteks ini, pendokumentasian dan rakaman bahasa masyarakat minoriti memberi sumbangan penting kepada pemeliharaannya.

“Kelestarian sesuatu bahasa bergantung kepada masyarakat bahasa itu sendiri.

Namun, apabila sesuatu bahasa didokumenkan, ia sekurang-kurang menjadi suatu bentuk peninggalan yang boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang. 

“Manuskrip mentah ini perlu disahihkan dan dimasukkan simbol fonetik oleh Jawatankuasa Pengesahan yang terdiri daripada penutur natif bahasa tersebut agar manuskrip ‘bersih’ dapat dibina untuk tujuan penerbitan,” tambahnya.

Baca lain  Nasihat sambut Aidilfitri berhenti sebelum kenyang

Difahamkan, program ini merupakan langkah awal Persatuan Bangsa Sekapan dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) untuk memelihara bahasa Sekapan dan dapat didokumentasikan sebagai rujukan pengkaji bahasa dan masyarakat bahasa itu sendiri.

Antara matlamat bengkel adalah untuk menghasilkan manuskrip bersih Daftar Kata Bahasa Sukuan Sarawak, penerbitan bahasa sukuan Sarawak, pendokumentasian kosa kata bahasa sukuan Sarawak dan penyerapan bahasa sukuan Sarawak ke dalam bahasa Melayu. 

Selain itu, ia juga memperkaya khazanah peristilahan bahasa Melayu melalui penyerapan perkataan atau istilah sesuai dan memperkaya khazanah peristilahan bahasa Melayu melalui penyerapan perkataan yang sesuai dengan penerbitan bahasa sukuan.

BERITA LAIN

Riadah air panas di Lawas

KEDUDUKAN Lawas di sempadan Sabah dan Brunei Darussalam serta Wilayah Persekutuan Labuan menjadikannya strategik bagi tarikan pelancong. Landskapnya yang berbukit serta kehijauan penuh dengan tumbuhan

Buku Digital

“Terokailah tema, gaya penulisan atau genre buku yang berbeza. Luaskan pandangan dan cuba makalah baharu.  Dengan memulakan trend ini, minat membaca pasti kembali bertaut dalam

Pupuk minat membaca

AMALAN MEMBACA BUKU perlu sentiasa dipupuk dari peringkat akar umbi lagi bagi menyemai minat membaca khususnya dalam kalangan generasi muda. Peribahasa membaca jambatan ilmu dilihat

Wacana sufistik dalam puisi Melayu

SIRI 1 KARYA sastera Melayu berunsur sufistik, khususnya puisi, dari dahulu hingga mutakhir ini, ternyata sangat minimum diwacanakan di Nusantara. Justifikasinya dapat diterima memandangkan sejak

Perkukuh, rancakkan penerbitan buku

1. INDUSTRI penerbitan buku berbahasa Melayu perlu diperkukuh dan dirancakkan dengan pelibatan semua pemain industri. Peranan dan kerjasama dalam kalangan pemain industri, sama ada pada

Hari Bumi 2024 kurangkan pengeluaran plastik

BUMI merupakan planet ketiga dari matahari, juga rumah kepada jutaan hidupan termasuk manusia dan satu-satunya tempat yang kehidupannya diketahui wujud. Sebagai penduduk di bumi, kita

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland