ARTIKEL

Pelihara kepelbagaian warisan negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PEREDARAN zaman yang semakin kompetitif ketika ini dilihat memberi kesan ketara ke arah terhakisnya khazanah budaya masyarakat majmuk di negara ini.

Andai kata tiada inisiatif dilakukan pihak tertentu untuk memelihara khazanah warisan, pasti aset yang menjadi kebanggaan sejak berabad lamanya ini hilang dilangkaui zaman.

Justeru, Program Peragaan Pakaian, Tarian dan Model Pengantin Bugis bersempena Penganjuran Festival Budaya dan Makanan Samarahan 2024 dilihat sejajar dengan usaha pemeliharaan warisan.

Program tersebut berlangsung di kawasan letak kereta pusat beli-belah Aiman Kota Samarahan, baru-baru ini.

Program julung kali dianjurkan ini dilihat bertepatan dan boleh disifatkan sebagai landasan terbaik untuk mengangkat martabat khazanah di Sarawak.

Pengerusi Persatuan Budaya Etnik Bugis Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya, Suraya Lariwoo mengakui penganjuran program berkenaan mempunyai signifikan tersendiri.

“Program turut menghimpunkan khazanah bagi suku kaum yang terdapat di negara ini,” ujar Suraya kepada Suara Sarawak.

Beliau mengakui, adanya program seperti ini secara tidak langsung berjaya mempamerkan khazanah Bugis di Sarawak amnya dan di Sadong Jaya khususnya.

Jelas Suraya, kepercayaan diberikan kepada pihaknya yang mewakili Bugis dari Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya untuk mengetengahkan khazanah yang ada dan cuba berkongsi makna yang terselindung kepada masyarakat.

“Walaupun program berkenaan singkat, namun ia berupaya memperlihat keupayaan pihak kami untuk ketengahkan beberapa khazanah yang dimiliki selama ini.

“Antaranya, upacara persandingan pasangan mempelai suku kaum Bugis, tarian kebudayaan dan sebagainya,” tegas Suraya.

Program berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pelabuhan Infrastruktur) yang juga Adun Sadong Jaya, Datuk Ir Aidel Lariwoo.

Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Datuk Peter Minos, Timbalan Pengerusi MPKS, Abdul Mutalib Julaihi turut hadir.

Tambahnya, pihaknya dapat mengetengahkan adat resam dan budaya yang sering menjadi amalan suku kaum berkenaan.

Dalam pada itu, Suraya turut merakam ucapan terima kasih kepada pihak kementerian kerana memberi ruang kepada pihaknya menjayakan program berkenaan.

Suraya pada masa yang sama mengakui, tempoh yang singkat bagi menjayakan program berkenaan meninggalkan kesan mendalam.

“Saya percaya kesempatan yang boleh dikatakan singkat ini secara tidak langsung memberi peluang kepada setiap golongan masyarakat yang ada di Sarawak termasuk generasi baharu dan suku kaum Bugis untuk mengetahui khazanah nenek moyang mereka selama ini.

“Penganjuran program seumpama ini harus dilakukan secara berterusan.

“Ini kerana ia berupaya menjadi medan mengekalkan kesinambungan khazanah atau etnik yang terdapat di negeri ini terutama bagi suku kaum Bugis,” katanya.

Mengulas mengenai Persatuan Budaya Etnik Bugis Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya, persatuan berkenaan ditubuhkan pada awal April tahun lalu.

Mereka pernah diundang oleh Jabatan Perpaduan Negara bagi menjayakan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Tebingan Kuching pada Mei 2023.

“Kami juga pernah diundang bagi menjayakan seminar Gauu Meraja di Sopeng Sulawesi Selatan, Indonesia juga pada Mei 2023.

“Pada Ogos tahun yang sama, kami diundang ke Melaka bagi menjayakan Festival Warisan Etnik Nusantara,” tambahnya.

Jelasnya lagi, pada program berkenaan pihaknya turut membawa Persatuan Gendang Pampat dari Kampung Senageh serta Persatuan Gendang Warisan dari Kampung Jaie untuk samasama menjayakan pameran dan persembahan di Melaka untuk memperkenalkan budaya etnik yang terdapat di Sarawak.

BERITA LAIN

Jaga aib diri, orang lain

MENJAGA aib sesama manusia menjadi tanggungjawab yang dianjurkan dalam Islam. Pentingnya perbuatan menahan diri daripada mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. Allah SWT juga memberikan

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program

Wanita 66 tahun bersaing Ratu Cantik

“Usia bukan penghalang, saya sentiasa ingin mencuba untuk menyertai dunia ratu cantik kerana ia sesuatu yang sangat inklusif. Saya tidak pernah lupa tentang warisan budaya

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

BERITA TERBARU