Pelitup muka motif tempatan

KUCHING: Situasi pandemik global yang tidak menentu membuatkan ramai ahli perniagaan tempatan tampil kreatif sekali gus menghasilkan produk pelitup muka berdasarkan permintaan pengguna.

Dengan kelaziman baharu yang mewajibkan pemakaian pelitup muka, Neng Kho Razali, 36, terdorong memperluas perniagaannya dalam bidang tersebut.

Beliau yang turut menjual pelbagai jenis aksesori lain telah berkecimpung dalam dunia keusahawanan sejak 2016 “Saya mula jadikan pelitup muka ini sebagai salah satu produk jualan pada tahun ini, memandangkan kepentingannya kepada semua orang.

“Selain itu, saya ingin mengajak orang ramai supaya memakai pelitup muka kain untuk mengurangkan masalah pembuangan pelitup muka pakai buang,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Menurutnya, pelitup muka yang dijual itu juga adalah berbeza daripada yang lain kerana ia direka sendiri dengan konsep yang lebih kreatif.

“Ketika pandemik melanda negara sejak tahun lepas, kita sering melihat pelitup muka dibuang di merata-rata tempat yang menjejaskan kebersihan dan kecantikan kawasan awam.

“Bagi saya, dengan penggunaan pelitup muka jenis kain, dapat memberi keutamaan kepada petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi menggunakan pelitup muka perubatan yang sebelum ini pernah terputus bekalan,” katanya lagi.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Mei 2021

Suara Sarawak