ARTIKEL

Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik | BERNAMA

Peluang Aaron-Wooi Yik tamat kemarau gelaran sulung Jelajah Dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berpeluang menamatkan penantian meraih gelaran sulung Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas mara ke final Terbuka China di Changzhou, malam tadi.

Lebih manis, pasangan negara yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan itu menang bergaya apabila menewaskan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 21-18, 21-17 dalam pertarungan separuh akhir yang berlangsung selama 41 minit.

Menanti Aaron-Wooi Yik di pentas akhir ialah pilihan ketiga Liang Wei Keng-Wang Chang dari China yang mengatasi wakil Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-16, 20-22, 22-20 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Aaron-Wooi Yik yang merangkul gangsa pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark tahun ini merupakan gandingan keenam dunia sementara pasangan China itu yang turut berkongsi gangsa di Copenhagen berada di ranking keempat.

Berdasarkan rekod, Liang-Wang menang empat daripada keseluruhan lima pertemuan terdahulu sejak Oktober 2022 dengan kemenangan tunggal diraih Aaron-Wooi Yik adalah pada kejohanan Masters Indonesia Januari lepas.

Nasib berbeza buat dua beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila masing-masing terkandas di separuh akhir. – BERNAMA

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP