ARTIKEL

Peluang beli rumah sejajar kenaikan gaji

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) percaya bahawa kenaikan gaji penjawat awam pada Disember ini bakal membawa lebih banyak peluang untuk kumpulan itu membeli hartanah.

Presidennya, Datuk NK Tong berkata walaupun kenaikan kos sara hidup dan bahan binaan terus menjejaskan kemampuan orang ramai dan pemaju, berita kenaikan gaji penjawat awam dapat memberikan sedikit kelegaan.

“Bagi pekerja yang mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), walaupun terdapat kebimbangan penstrukturan semula akaun pencarum, apabila Akaun 1 dinaikkan kepada 75 peratus, mereka masih mempunyai sehingga 25 peratus daripada simpanan mereka untuk digunakan membeli rumah idaman mereka, dalam Akaun 2 dan 3 mereka,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata walaupun cadangan kenaikan gaji itu mungkin tidak dapat mengurangkan isu rumah tidak mampu dibeli di Malaysia dengan segera, REHDA berharap langkah itu memberi impak positif yang berterusan kepada industri dan negara dalam jangka masa panjang.

Ditanya pemaju menguruskan kos binaan yang meningkat, katanya ia terpulang kepada pemaju untuk menjadi inovatif.

“Mereka terus menurunkan margin mereka untuk menyerap kos tersebut yang meningkat dengan ketara beberapa tahun ini.

“Selain itu, kos juga dapat dicerminkan daripada yang dipindahkan kepada pengguna yang membawa kepada kenaikan harga.

“Cara lain adalah dengan menggantikan bahan dengan kualiti dan ketahanan yang sama. Ini mungkin disebabkan ringgit yang rendah.

“Oleh itu, terpulang kepada pemaju untuk menjadi inovatif,” katanya. Beliau berkata, kos pematuhan adalah satu lagi isu berterusan yang termasuk kelewatan untuk kelulusan.

Kos pematuhan termasuklah masa dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pemaju untuk mematuhi dasar, perundangan dan peraturan kerajaan yang meningkatkan kos menjalankan perniagaan.

Tong menjelaskan dengan peningkatan kos tenaga yang tidak dapat dielakkan di peringkat global, yang merupakan input utama kepada bahan binaan, kos pematuhan sekurang-kurangnya perlu dikurangkan, tanpa menjejaskan peraturan dan undang-undang.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti