ARTIKEL

Peluang cerah calon PH menang kerusi Sungai Bakap – Fadhlina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NIBONG TEBAL: Peluang calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap adalah cerah kerana masyarakat di kawasan itu sememangnya mahukan perubahan, kata Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek.


Beliau yang juga Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata masyarakat memerlukan pemimpin berkualiti yang dapat memimpin DUN Sungai Bakap ke arah lebih baik dari aspek pembangunan infrastruktur, ekonomi, sosial, agama, perpaduan dan pendidikan. 


“Saya melihat ‘mood’ yang sangat baik dalam kalangan masyarakat di sana (DUN Sungai Bakap) yang inginkan perubahan. Peluang yang cerah untuk calon Kerajaan Perpaduan memenangi PRK DUN Sungai Bakap kali ini,” katanya kepada media hari ini.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 2 Julai.


PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang Nor Zamri Mohd Nor pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.


Pada Pilihan Raya Negeri lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.


– Bernama

BERITA LAIN

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap dengan penuh tawaduk dan akan berusaha mengukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan. Presidennya,

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP