Trending

Peluang guru pulang kampung

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyambut baik pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan pengumuman cuti sekolah pada 19 April 2023. Presidennya Zulkiflee Sebli berkata, pengumuman tersebut tepat pada masanya memandangkan ramai guru yang berada di pedalaman memulakan perjalanan jauh untuk kembali ke kampung halaman masing-masing. “Komitmen guru mendidik anak bangsa tidak diragui.

Dengan pengumuman ini, kita yakin semangat mereka akan lebih berkobar-kobar selain menaikkan semangat mereka untuk beraya di kampung halaman,” katanya semalam. Mengulas lanjut Zulkiflee berkata, KGBS percaya ramai dalam kalangan guru yang bertugas jauh daripada keluarga selain memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk sampai ke kampung masing-masing. Malah katanya, terdapat segelintir guru yang memerlukan masa dua hingga tiga hari untuk sampai ke kampung halaman selain kos yang agak tinggi.

Justeru itu, pengumuman cuti sudah pasti meringankan beban terutama guru Semenanjung Malaysia yang bertugas di Borneo dan sebaliknya, jelas beliau. Zulkiflee berharap KPM boleh mengatur lebih awal tarikh cuti perayaan terutama cuti Hari Raya Aidilfitri pada masa akan datang. Selain itu,sekolah juga dibenarkan untuk menggantikan sesi persekolahan pada setiap Sabtu untuk memanjangkan cuti perayaan, katanya. “Kita maklum bahawa selepas cuti Hari Raya Aidilfitri sekolah akan dibuka semula pada 2 Mei dan kembali bercuti Hari Wesak pada 4 Mei manakala 5 Mei pula mereka akan kembali ke sekolah dan disambung cuti pada hujung minggu.

“Jika dilihat di sini, pada minggu pertama Mei, ada dua hari cuti kelepasan am dan tiga hari persekolahan. “Alangkah baik jika sekolah dibuka pada minggu kedua Mei agar guru-guru daripada pedalaman akan mempunyai lebih banyak masa bersama- sama keluarga. “KGBS berharap pada masa-masa akan datang aspek sebegini akan diambil kira kerana ia akan memeriahkan sambutan perayaan Aidilfitri guru-guru termasuk anak- anak,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru