Peluang jadi imam solat berjemaah dengan keluarga

KUCHING: Mengambil kesempatan sempena sambutan bulan Ramadan yang bakal tiba, Adun Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berharap agar setiap rakyat dapat memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan meningkatkan ibadah di rumah.

Beliau menasihatkan masyarakat seboleh-bolehnya mengamalkan solat berjemaah bersama-sama keluarga. “Ini masa sesuai bapa boleh menjadi imam termasuk bergilir-gilir memberi peluang kepada anak lelaki dewasa menjadi imam.

“Malah manfaatkan masa ini untuk membaca al-Quran bersama-sama. Ini pastinya da-pat merapatkan hubungan keluarga selain mendekatkan diri dengan al-Quran.

“Selain itu, masa terluang di rumah juga jangan diisikan dengan aktiviti bergosip di media sosial. “Sebaik-baiknya isi masa de-ngan membaca buku bermanfaat,” katanya kepada Suara Sarawak.

Mantan Mufti Perli ini turut menasihati orang ramai supaya mening-katkan amalan bersedekah sepanjang tempoh sukar ini untuk membantu orang lain.

“Ambil kesempatan untuk sentiasa bersamasama ahli keluarga dan berusaha memperbaiki diri termasuk membuat perancangan masa hadapan lebih baik selepas redanya Covid-19 di negara ini,” ujarnya

Suara Sarawak