ARTIKEL

Peluang ‘Kilat Boy’ ke pentas WBC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Petinju profesional Sarawak, Dealoniel Mcdelon Bong yakin mampu mencipta kejutan ke atas petinju Bangladesh, Resatul Mahmud Sajin menerusi pertarungan (Path To Glory) yang akan berlangsung di Kemal Ataturk Park, Banani, Dhaka, Bangladesh pada Sabtu ini (17 Februari).

Ini sekali gus, mencerahkan peluang dirinya bersaing untuk merebut gelaran pada Kejuaraan Tinju Dunia (WBC), Asia yang akan berlangsung di Sarawak pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Saya tidak menganggap perlawanan yang bakal dilalui susah dan tidak juga melihat ia mudah.

“Namun, saya cukup bersedia untuk bersemuka dengan jagus dari petinju tuan rumah itu,” ujar Mcdelon pada sidang media ringkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebentar tadi.

Mcdelon yang lebih dikenali sebagai ‘Kilat Boy’ akui, penting baginya memenangi pertarungan hujung minggu ini untuk layak secara automatik ke WBC.

Katanya, petinju yang berstatus tiga bintang sahaja yang layak bertanding di pentas WBC nanti.

“Saya ketika ini berstatus dua bintang dan jika berjaya memenangi pertarungan itu kelak merubah ranking sedia ada kepada tiga bintang. Lantas, layak secara automatik bertanding di Kejuaraan WBC nanti,” tambah petinju kelahiran Sri Aman itu.

Menurut Kilat Boy, pertarungan menentang Resatul Mahmud Sajin Sabtu ini dalam kategori Feather Weight (57.2kg) dengan enam pusingan.

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta